19 December 2009

Di manakah ilham.

Agak lama juga tidak menulis sesuatu di sini. Sebenarnya banyak yang ingin diabadikan namun keterbatasan masa kerapkali membantutkan niat. Cuba juga mencari ruang untuk bersendirian tapi ilham pula tidak menerjah ke kotak fikiran. Banyak yang bermain, berputar ligat ingin diluahkan di minda ini. Sesuatu yang menjadi kenangan lalu patut juga dicari dan diselidiki agar terserlah hikmah yang tidak tercapai kejadiannya pada waktu lalu. Kerap juga menyoal diri mengapa tidak begini dan terjadinya begitu dan mengapa terjadinya begitu tidak seperti impian di hati.

Maha lemah itulah perkataan tepat untuk diri menelusuri, memahami semua kejadian yang bertentangan dengan kehendak hati. Doa selaluku rafakkan kepada Mu Ilahi mencari erti dan hikmah. Tafsiran tentang kehidupan menurut akal menusia selalunya disempadani akal yang tidak terjangkau di lautan maha luas kalam Mu. Dulu aku menjadi buntu. Mujur di sana telah tersedia ayat-ayat Mu buatku menafsir.

Tidak susah jika hidayah Mu selalu Kau anugerahkan untuk manusia pilihan Mu. Telah Engkau nyatakan terang jelas dalam sunnah Mu.."jika aku ingin hambaKu menjadi baik,nescaya akan Kuberikan hidayahKu.."

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, nescaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatan, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)

Lalu manusia manakah yang menjadi pilihan Allah. Aku berdoa bahawa akulah antara antara jutaan lautan makhluk yang menjadi pandangan kasih sayangMu. Sungguh lafaz syukur itu lebih baik. Manusia..keutamaan hidup paksinya Allah. Situlah punca kehidupan dan dari situlah juga akhirnya kehidupan.

Moga-moga aku dan sekelian anda mendapat rahmat dan kasih sayang dari Nya. 

Menulis.

Sudah lama tidak menulis. Rindu hendak menulis kadang-kadang datang. Namun sejak bertukar tempat kerja, masa menjadi halangan. Segalanya mer...